Saturday, 6 September 2014

7 Faedah Amalan Menabung


  Kuasa menabung jangan diabaikan. Saya menggunakan perkataan kuasa kerana sikap menabung ini memerlukan disiplin yang tinggi. Kita perlu kuat dari segi objektif ataupun tujuan mengapa perlu menabung.
Banyak kelebihan jika kita mengamalkan sikap menabung dan saya pernah kupas serba sedikit pada post yang lepas. Cuba search pada kotak disebelah kanan pada bahagian paling atas untuk perkataan menabung. Insyaa Allah anda akan jumpa tajuk yang berkaitan menabung.
Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 7 faedah amalan menabung dan saya harap informasi ini memberi manfaat kepada anda kelak.

7 Faedah Amalan Menabung

1. Meningkatkan pendapatan
Apabila menabung dan menyimpan di bank atau saham secara berterusan, kita memperolehi pulangan dalam bentuk faedah serta dividen yang berganda.
Dalam keadaan tidak sedar kita berjaya menjadikan alternatif menabung sebagai jalan untuk meningkatkan pendapatan.

2. Meningkatkan kualiti hidup
Dalam masa panjang, menabung dapat membantu kita menikmati kehidupan lebih berkualiti apabila mampu memiliki manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang.

3. Membiayai pendidikan
Menabung mampu membantu kita membiayai kos pendidikan anak-anak supaya mereka memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sempurna.
Bagi yang masih belum berumah tangga, anda boleh mulakan menabung mulai sekarang untuk masa depan keluarga yang akan anda bina kelak.

4. Membeli rumah
Amalan menabung membolehkan kita menyediakan wang pendahuluan dan kos urusan pembelian atau dikenali 'duit muka' apabila membeli rumah atau tanah.
Dengan menabung ia mampu memudahkan kita memperolehi pinjaman penuh bank kerana kita mampu membayar wang pendahuluan yang tinggi.
Teringat saya pada kisah seorang rakan di tempat saya bertugas di mana beliau ingin membeli rumah dan telah berbincang dengan pihak bank untuk urusan pembelian rumah.
Rakan saya telah diperlekeh untuk gaji pokok yang dimiliki sekarang iaitu RM 1500 untuk memiliki rumah. Pegawai bank itu berkata menurut perkiraan beliau, dengan gaji sebanyak ini sukar pihak bank meluluskan pinjaman untuk pembelian rumah.
Saya menasihatkan beliau untuk mula menabung secara khas untuk wang pendahuluan 10% dari harga rumah semasa.
Al maklumlah harga rumah semakin mahal saban tahun.
Mengikut kajian, peningkatan sebanyak 8% setahun daripada harga rumah kini menyebabkan sukar untuk mereka yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah kediaman sendiri.
Jadi..mulakan amalan menabung mulai sekarang !

5. Tanggungjawab berumah tangga
Amalan menabung boleh membantu menyediakan generasi yang sentiasa menabung, terutama apabila mula bekerja supaya mereka mampu memulakan kehidupan berumah tangga tanpa berhutang.
Perkara seperti jarang berlaku bagi mereka yang baru mula bekerja. Kebanyakan mereka termasuk diri saya sendiri suatu ketika dulu tidak sedar untuk mula melakukan perancangan masa depan melalui amalan menabung untuk perkahwinan.
Ada sebuah produk info ataupun ebook yang boleh membantu anda untuk mendapatkan wang hantaran dan maskahwin secara lebih singkat.
Ebook ini telah membantu ramai pasangan untuk berkahwin tanpa berhutang dan ia juga sesuai untuk anda yang merancang untuk membina rumah tangga.
Sila dapatkan informasi lanjut di sini !

6. Membeli barang keperluan
Apabila menabung sejak awal, kita memiliki wang untuk membeli kelengkapan dan perkakas rumah secara lebih murah melalui pembayaran tunai, sekaligus mengelakkan kita berhutang dan membayar pada harga lebih tinggi melalui ansuran.

7. Keselesaan waktu persaraan
Kebanyakan pekerja mengharapkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai tabungan dihari tua. Sedangkan mengikut kajian majoriti wang dalam KWSP akan habis dalam masa 2 tahun.
Ini sangat menakutkan bagi mereka yang mengharapkan sepenuhnya dari simpanan ini.
Apa kata anda mulakan amalan menabung dari sekarang untuk menikmati kehidupan lebih selepas bersara kelak, bukan semata-mata bergantung kepada dana Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Semoga perkongsian pada post kali ini membantu membuka minda anda untuk kuasa yang ada pada amalan menabung.

No comments:

Post a Comment