Saturday, 6 September 2014

JURNAL REFLEKSI PEMBANGUNAN DIRI

Pada semester 1, saya telah mempelajari Pembangunan Diri 1. Pada asalnya, minat saya terhadap modul ini tidaklah begitu menarik namun setelah mempelajari dan memperhalusi sesi pembelajaran, saya amat bersyukur kerana pembelajaran ini memberikan pengalaman yang sangat berguna kepda saya. Hasil pembelajaran modul ini,saya telah mendapat satu keyakinan diri yang tinggi dalam mengendalikan segala urusan harian saya terutama di waktu pejabat dan luar pejabat.Saya telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan yang paling ketara membantu saya adalah kemahiran komunikasi.Komunikasi merupakan satu elemen yang sangat penting bagi saya dalam urusan harian, dari hari ke hari saya dapat merasakan peningkatan konumikasi dalam diri saya apabila berurusan dengan pihak lain.Pada semester 2, saya telah mempelajari semula Pembangunan Diri 2. Modul kali ini amat mencabar bagi saya kerana perlu membuat tugasan yang agak rumit. Pada awal proses pembelajaran, kami telah di beri kumpulan bagi menyediakan tugasan kumpulan yang mana pada penghujung semester, hasil tugasan berserta laporan tersebut harus di bentangkan. Kumpulan saya terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Kami telah diberi pilihan samada membuat tugasan berkaitan isu-isu semasa atau tugasan berkaitan tajuk yang dipelajari di Pembangunan Diri 1 seperti Komunikasi,Pemikiran Kritis,Kemahiran Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Kumpulan saya telah membuat perbincangan dan memilih untuk membuat tugasan isu-isu semasa. Kami telah bersetuju untuk membuat kajian berkaitan sistem perbankan di Malaysia iaitu’ Perbankan Konvensional dan Perbankan Islam”. Tajuk ini dipilih atas dasar untuk menguji kefahaman dan penerimaan masyarakat mengenai sistem perbankan. Secara ikhlas, saya pun kurang arif berkaitan sistem perbankan di Malaysia serta pelaksanaanya. Sebelum memulakan tugasan ini, ramai dikalangan ahli tidak begitu arif mengenai topic ini namun kami telah mengambil inisiatif sendiri untuk mendapartkan ilmu dan pandangan dari pelbagau pihak supaya membantu kami membuat tugasan. Pensyarah kami, Dr.Zamri telah banyak memberi tujuk ajar dan bimbingan bagi melaksanakan tugasan ini.
Kami telah menemubual seorang pegawai bank dari Bank Kerjasama Rakyat Berhad yang amat berpengalaman dalam sistem perbankan ini. Kemahiran komunikasi yang dipelajari sebelum ini amat membantu saya untuk menemubual pegawai bank tersebut.. Saya telah melontarkan pelbagai soalan mengenai sistem perbankan dan amat teruja apabila pegawai bank tersebut mampu memberi penjelasan yang cukup jelas kepada kami. Rakan-rakan lain dari kumpulan turut menggunakan kesempatan ini untuk menimba ilmu dalam sistem perbankan. Saya amat bersyukur dengan pelaksanaan tugasan ini kerana saya dapat pengalaman yang berharga dalam menemubual pegawai-pegawai bank. Saya juga telah mempelajari konsep dan etika berkomunikasi berkesan dapat mengeratkan silaturahim dengan seseorang.Setelah itu, saya telah beruasaha dengan ahli kumpulan lain bagi menyiapkan tugasan dan persiapan untuk dibentangkan di waktu kuliah. Kerjasama dari ahli kumpulan menjadi satu aspirasi kepada saya bagi melengkapkan pelaksanaan tugasan dengan lebih informasi dan sistematik. Dalam penyediaan laporan tugasan, saya berserta ahli kumpulan mengambil satu inisiatif bagi mendapatkan maklumbalas dari kalangan masyarakat. Oleh itu, kami telah menyediakan borang kaji selidik dan pembahagian tugas dibuat dikalangan ahli. Setiap dari kami, mengambil bahagian dalam mengedarkan borang kaji selidik kepada golongan –golongan yang ditentukan. Segala maklumat maklumbalas dan pandangan direkod dan dirumus dalam bentuk graf  sebagai sumber untuk dibentangkan dalam kuliah. Saya mengalami kesukaran dalam penyediaan kandungan dalam borang kaji selidik. Ini kerana, laras bahasa yang perlu dimasukkan perlu betul dan menepati ciri-ciri serta objektif yang hendak dicapai.Pemiikiran yang kritis perlu bagi memikirkan laras bahasa dan susun atur ayat agar apabila diedarkan kepada golongan tertentu mendapat persepsi yang baik. Setelah selesai kandungan dirangka, kami mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pensyarah bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat. Pelbagai bimbingan dan tunjuk ajar diberikan oleh pensyarah kami, dan kami berharap ilmu yang dicurahkan akan menjadi panduan kepada saya di waktu akan datang.Kepimpinan adalah salah satu elemen yang dipelajari semasa Pembangunan Diri 1. Setiap ahli dari kumpulan saya mempunyai sifat kepimpinan yang amat tinggi. Sepanjang dalam membuat tugasan ini, setiap kali kumpulan kami bermesyuarat, satu giliran akan dibuat diantara ahli kumpulan untuk menjadi sebagai pengerusi. Bagi saya, melalui cara ini saya mendapat satu semangat untuk memimpin sesebuah kumpulan.Selain itu, kaedah ini dibuat bagii memberi ruang kepada semua ahli untuk menunjukkan bakat dan ciri kepimpinan yang ada didalam diri masing-masing.Di akhir kursus ini, saya berasa lebih yakin untuk memimpin sesebuah kumpulan, terutamanya di pejabat. Di pejabat, tugasan saya adalah lebih kepada bekerja kumpulan. Ciri kepimpinan yang diperolehi dari pembelajaran modul Pembangunan Diri 1, dapat diterap ke tugasan harian saya dan dalam menjadi seorang ketua keluarga.Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah salah satu elemen pembelajaran dalam Pembangunan Diri 1. Dalam dunia sekarang, ramai golongan bekerja memilih untuk belajar di luar waktu pejabat dengan tujuan menaikkan taraf hidup, kenaikan pangkat serta gaji dan sebagainya. Saya memilih untuk belajar sepanjang hayat adalah disebabkan minat. Setelah saya tamat Diploma dalam bidang perakaunan, saya telah melangkah kealam pekerjaan di Kuala Lumpur dengan bayaran upah sebanyak RM 1,200.00. Saya telah berkhidmat selama 1 tahun dan saya ditawarkan untuk belajar di UNIMAS, Sarawak secara sepenuh masa, malangya saya hanya sempat mengikuti semester 1 dan saya telah tamatkan pengajjian disebabkan masalah keluarga. Saya mula bekerja, bagi menyara keluarga dan pada waktu itu semangat saya untuk belajar tidak pernah putus. Saya pernah memohon untuk belajar secara separuh masa dan Berjaya ditawarkan namun atas masalah kewangan saya tidak dapat mengikuti, sehinggalah kini, tahun 2013 saya mendapat laluan untuk meneruskan pelajaran secara separuh masa. Semangat saya masih tinggi dan matlamat saya adalah untuk mendapat penganugerahan “Dr”. Saya mendapat semangat ini apabila melihat seorang pegawai kerajaan yang bersara wajib, melanjutkan pelajaran di sebuah university tempatan sewaktu seminar ‘Roadshow’ universiti tersebut. Saya dapat bercakap dengan pelajar tersebut, dan apabila bertanya kepada beliau, Mengapakah masih meneruskan pelajaran walaupun sudah bersara? Saya amat teruja apabila beliau menyatakan tujuan beliau melanjutkan pelajaran adalah bagi menjadi contoh yang terbaik kepada golongan muda seperti saya. Pernyataan beliau membuatkan saya berfikir secara mendalam..Saya berharap agar saya mampu mencapai matlamat yang saya inginkan.Saya amat berterima kasih kepada semua pensyarah yang bertauliah dalam  mengajar modul Pembangunan Diri. Ini kerana, pengalaman dan ilmu yang dicurah oleh mereka mampu membantu saya dalam sepanjang tugasan harian samada di pejabat ataupun luar pejabat. Saya telah menetapkan satu ‘Key Performance Index’ bagi diri saya sebelum dan selepas pembelajaran modul Pembangunan Diri ini, dan secara jujur sebelum mengikuti modul ini, tahap keyakinan saya pada diri saya adalah 50 peratus dan kini ia telah meningkat ke 80 peratus. Kini, saya lebih yakin tampil kehadapan bagi membuat pembentangan di khalayak ramai. Selain itu, kemahiran komunikasi saya telah meningkat semakin hari. Dikesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan ahli kumpulan saya yang sering membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya berharap dimasa-masa akan datang, saya akan mengikuti modul-modul sebegini agar saya dapat mempertingkat lagi mutu diri saya.Sekian,terima kasih

No comments:

Post a Comment